Suasana pendidikan di IPT merupakan suasana yang berbeza jika dibandingkan dengan suasana pembelajaran di sekolah. Oleh itu, pendedahan awal yang positif haruslah didedahkan kepada para pelajar sekolah terutamanya yang akan melangkah ke menara gading.
Maka di situ tercetusnya idea untuk mengadakan Perkampungan Menara Gading Pulau Pinang (PMGPenang) 2014 yang bertemakan :
“Menjejak Peribadi, Mengakar Rohani, Mencetus Inspirasi”
Antara aspek yang ditekankan ialah kepimpinan, keyakinan diri, motivasi, akhlak dan perilaku terpuji serta kerohanian sejajar dengan kehendak Islam dalam mencorak muda-mudi zaman ini yang rata-ratanya akan melangkah ke menara gading.
Seperti yang diketahui, suasana di kampus inilah nanti yang akan mencorak anak bangsa dan tentunya bermacam-macam budaya yang akan meresap ke dalam jiwa pelajar. Tanpa asas yang kukuh, para pelajar akan mudah terpesong dari landasan sebenar menuntut di IPT.
Objektif
- Membentuk jati diri para peserta bagi mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa yang jelas dengan halatuju kehidupan pra dan pasca universiti.
- Memberi pendedahan kepada para peserta akan realiti kehidupan akademik di universiti supaya bijak memilih jurusan untuk kerjaya masa depan.
- Melahirkan keyakinan dan kesedaran pada diri para peserta betapa pentingnya perancangan yang betul dalam menentukan halatuju seorang mahasiswa Muslim demi agama dan negara.
- Menyediakan bakal mahasiswa yang iltizam, kritikal dan tidak skeptikal dalam menangani isu-isu semasa samada di dalam dan luar kampus atau sewaktu tamat pengajian di Universiti kelak.
Sasaran Peserta
100 orang pelajar yang terdiri daripada ;
- Bekas calon SPM 2013
- Bekas calon STPM 2013
- Yang bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Hasrat Kami
Bakat kepimpinan dan keyakinan diri haruslah dicungkil dan disusuli dengan kesedaran agama, diyakini oleh penganjur mampu membentengi para pelajar dari cabaran semasa menara gading. Program yang akan diisi sepanjang perkampungan ini adalah berbentuk LDK, bengkel, ceramah dan diskusi.
Usaha ini tidak terhenti sekadar di program perkampungan ini sahaja tetapi akan disusuli degan pengisian susulan sehinggalah para peserta yang terpilih ini menjejak ke menara gading.
Adalah diharapkan agar para peserta perkampungan ini mendapat input yang terbaik bagi diri mereka dan sekurang-kurangnya mendapat pendedahan daripada Fasilitator-fasilitator yang pernah menuntut di IPT yang kini menabur bakti di tanah air sendiri.

No comments:
Post a Comment