Assalamualaykum wbt.
Saudara/Saudari
Kami dari warga urusetia Sekretariat PMGPENANG 14 ingin mengucapkan tahniah kerana menjadi sebahagian daripada peserta Perkampungan Menara Gading 2014 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Pulau Pinang.
Sehubungan itu, beberapa tindakan yang perlu dilakukan oleh saudara seperti berikut:
1. Melawati blog http://pmgpenang. blogspot.com untuk tujuan berikut:
- Muat turun borang kebenaran ibubapa untuk diserahkan semasa
pendaftaran.
- Merujuk barang keperluan yang perlu dibawa .
- Merujuk tentatif program
- Merujuk lokasi program .
2. Pendaftaran :
- Pendaftaran bermula pada Hari Jumaat , 14 Mac 2014 bermula jam
3.00pm hingga 4.30pm.
- Jika saudara/ri sudah membuat pembayaran online, saudara/ri boleh emelkan bukti bayaran ke: pembimbing.penang@gmail. com atau menyerahkan bukti pembayaran semasa pendaftaran.
- Pembayaran secara walk-in juga boleh dilakukan semasa pendaftaran.
3. Pihak kami masih membuka peluang jika saudara/ri berhasrat untuk mengajak rakan-rakan lain untuk menyertai program ini. Maklumkan segera kepada urusetia kami untuk perhatian dan tindakan daripada pihak kami.
4. Segala maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa samada melalui emel atau sms.
Terima kasih.
Sekretariat PMGPENANG 14.

No comments:
Post a Comment